Wednesday, September 23, 2009

BERSYUKUR

Aku melihat wajah di cermin..

wajahku setelah sembilan belas tahun menghirup udara di bumi ALLAH ini..
adakah penuh dengan dosa dan noda atau penuh dengan pahala?
Ah, JERAWAT!!!!

adakah aku harus bersyukur dengan kurniaan JERAWAT ini? bagi orang yang OBESITY, adakah mereka hanya tahu bercakap,

" Bersyukurlah atas segala kurniaan tuhan"..

Sejauh mana konsep bersyukur dalam islam?

Kalau ada JERAWAT, bukankah pengorbanan harus dilakukan:
1. jangan makan ayam dan seafood (Ah. TIDAK!!!!)
2. basuh muka lebih 3 x sehari (wuduk 5 x daa)
3. jogging selalu ( sempat ke?)
4. pakai OXY tiap2 malam sebelum tidur (guna wuduk lagi bagus)

Kalau GEMUK, semua orang tahu kena:
1. jogging setiap hari
2. makan nasi 2 sudu sahaja (BOLEH ke?)
3. jangan makan makanan bergoreng
4. dll seperti yg anda sendiri sudah maklum..

Imam Shafie berkata,

" Makan banyak hanya memBERATkan badan, meNUMPULkan minda, memBEKUkan hati".

Manusia sememangnya tidak tahu bersyukur. Namun, setiap kekurangan diri, jangan SALAHKAN tuhan atau jangan hanya tahu BERSYUKUR sahaja..Sebaliknya, cuba untuk memperbaiki kelemahan diri..Kerana celakalah manusia yang hari ini lebih teruk dari semalam..

No comments:

Post a Comment